Daging Black Pepper

Daging Black Pepper

Bahan-bahan untuk perapan:

Cara Penyediaan:

Hiris nipis daging ikut arah lawan urat supaya tak liat.

Hiris kasar bawang putih, bawang merah, dan halia. Tumbuk halus semua bahan dan gaulkan bersama hirisan daging.

Masukkan 2 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar kicap manis dan sedikit serbuk black pepper dalam anggaran 1/2 sudu kecil. Perap selama minimum 1/2 jam.

Ambil sedikit cili padi, anggaran 4-5 biji, buang tangkai dan belah tengahnya.

Panaskan minyak.

Kupas 2 biji ubi kentang. Hiris dalam bentuk wedges dan gaul kentang dengan sedikit garam. Goreng sehingga keperangan di luar dan lembut di dalam. Angkat dan ketepikan.

Dalam minyak yang sama, masukkan daging yang di perap tadi. Api kecil sahaja. Kacau perlahan sehingga daging kering dan terpisah dengan minyak. Tambah sedikit lagi lada hitam nak bagi wangi dan lebih rasa lada hitamnya.

Tuang sedikit lagi kicap.

Tambah sedikit air dan renehkan daging. Kalau kuah sudah kering, tapi daging masih lagi liat, tambah sedikit lagi air dan teruskan reneh sampai daging jadi lembut.

Bila daging dah lembut, bancuh tepung jagung dan air. Tuang bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Kacau-kacau sikit kuah supaya sekata.

Masukkan kentang yang dah digoreng tadi. Masukkan cili bulat merah dan hijau. Masukkan pula cili api. Kacau sebati sehingga lembut sedikit.

Kemudian akhir sekali masukkan hirisan bawang besar.

Tabur dengan hirisan daun bawang dan hidangkan.

We are trying to fulfill your order! Confirmed orders will be sent out from our warehouse the next day if they are placed after 12.00 pm, current operation from Monday to Saturday, excluding public holidays. Enjoy Free delivery for purchase above RM50.

X